Projek cilibangi Sedenak

Alhamdulilah. Ini ialah projek pertama yang aku buat bersama serotech dan Johor Corporation. Tapak tanaman cili seluas 3 ekar terletak di kampung Bukit Batu daerah kulai. Dari jalan utama ke tapak tanaman cili sejauh 5 kilometer ke dalam. Sebulan duduk disini dan setakat ni ok2 aje. 


Kawasan yang aku tinggal ni berdekatan dengan ladang ayamas. Jadi tak berapa sunyi sangat la. Hari2 lori ayam keluar masuk. Projek cili ni ialah projek pilot (percubaan) untuk mengetahui 2 jenis teknik tanaman yang mana lebih banyak menghasilkan buah dan dapat menjimatkan kos iaitu secara fertigasi atau tanam di tanah sebelum diteruskan dalam skala yang lebih besar.


Projek cili 3 ekar ni hanya ada 4 orang pekerja sahaja. Tapi aku dan sorang member lagi dari perak dibawah Program Perintis usahawan bagi Johor Corporation. Yang lagi dua orang tu dari company lain yang dilantik untuk melatih. Kira aku dengan member aku sorang ni ialah orang pertama yang buat projek cilibangi ni. Dan kami akan jaga semua la cili2 ni selama 1 tahun. Lepas setahun kami diberi tugas untuk mengajar bakal usahawan2 baru seramai 8 orang dibawah anak syarikat Jcorp yang baru diberi nama Absolute Ambient.


Jumlah cilibangi yang kami tanam sebanyak 17000 cili. Semoga projek pilot ni berjaya dan dapat diteruskan dalam skala yang lebih besar pada tahun depan. Nantikan cerita2 yang selanjutnya.





“I Will Be OK..Dont Worry"

1 Jom Komen Jangan Malu2:

Nabihah Mustopalkamar berkata...

assalamualaikum,saya nabihah student agrotek dari politeknk jeli sedang mencari tempat untuk praktikal
based on pengalaman encik,adakah serotech eduction satu tempat yang sesuai un tuk dijadikan tempat latihan industri?