Projek cilibangi Sedenak

Alhamdulilah. Ini ialah projek pertama yang aku buat bersama serotech dan Johor Corporation. Tapak tanaman cili seluas 3 ekar terletak di kampung Bukit Batu daerah kulai. Dari jalan utama ke tapak tanaman cili sejauh 5 kilometer ke dalam. Sebulan duduk disini dan setakat ni ok2 aje. 


Kawasan yang aku tinggal ni berdekatan dengan ladang ayamas. Jadi tak berapa sunyi sangat la. Hari2 lori ayam keluar masuk. Projek cili ni ialah projek pilot (percubaan) untuk mengetahui 2 jenis teknik tanaman yang mana lebih banyak menghasilkan buah dan dapat menjimatkan kos iaitu secara fertigasi atau tanam di tanah sebelum diteruskan dalam skala yang lebih besar.


Projek cili 3 ekar ni hanya ada 4 orang pekerja sahaja. Tapi aku dan sorang member lagi dari perak dibawah Program Perintis usahawan bagi Johor Corporation. Yang lagi dua orang tu dari company lain yang dilantik untuk melatih. Kira aku dengan member aku sorang ni ialah orang pertama yang buat projek cilibangi ni. Dan kami akan jaga semua la cili2 ni selama 1 tahun. Lepas setahun kami diberi tugas untuk mengajar bakal usahawan2 baru seramai 8 orang dibawah anak syarikat Jcorp yang baru diberi nama Absolute Ambient.


Jumlah cilibangi yang kami tanam sebanyak 17000 cili. Semoga projek pilot ni berjaya dan dapat diteruskan dalam skala yang lebih besar pada tahun depan. Nantikan cerita2 yang selanjutnya.





“I Will Be OK..Dont Worry"

Update Rumah Baru 2016 (1)



Alhamdulilah segala puji bagi ALLAH..Kali ini aku nak mengupdate perkembangan baru pembinaan rumahku yang bermula pada Mei 2016 yang sudah 80% siap..Sebelum itu bagi yang terlepas boleh Klik Sini , Sepanjang tempoh 9 bulan, bermacam-macam halangan dan dugaan yang berlaku..Antara yang paling aku tak percaya bila mendapat berita pemergian isteri kontraktor yang bina rumah aku ni..Walaupun umur masih muda tapi ALLAH sayang pada dia yang aku anggap sebagai kakak..Salam takziah..


Jeng Jeng Jeng..Ini la hasil selama 9 bulan menunggu..Antara yang belum siap tingkap, pintu dengan mozek di bahagian bilik air yang mungkin mengambil masa dalam 1 bulan lagi..Cerita pasal tingkap, sepatutnya sudah siap dipasang, tetapi disebabkan kesilapan dari pihak kilang yang tersilap ukur menyebabkan masa membazir dekat situ.. Jadi untuk tak nak membuang masa aku amik keputusan mengarahkan kontraktor memecah sikit dinding tingkap mengikut ukuran bingkai tingkap yang kilang hantar..


Bahagian ruang tamu rumah. Rumah aku ni mempunyai 3 buah bilik tidur  dan 3 buah bilik air..


Ruang tengah untuk ruangan makan bersama keluarga 


Bahagian sisi kanan rumah


Bahagian sisi kiri rumah


Bahagian belakang rumah yang tak berapa nak terurus..huhu..Nanti sebelum kontraktor nak serahkan rumah, aku nak suruh budak-budak dia bersihkan dulu kawasan keliling rumah..Macam mana pada awal diaorang datang bersih macam itu jugak masa nak balik..haha



Beranda belakang rumah..Pekerja2 indonesia dari tanjung balai suka masak dekat sini..



Bahagian dapur. Mozek masih berhabuk..Belum dibersihkan lagi..Dinding dapur, separuh akan dimozekkan untuk elak dinding dari kotor terkena minyak bila memasak..Untuk bahagian2 lain aku akan kongsikan pada entry yang akan datang..Sekian dari saya pemuda berumur 22 tahun yang mempunyai cita-cita yang besar..



























“I Will Be OK..Dont Worry"